Pages

Monday, 30 April 2018

RECCE PROGRAM EKSPEDISI SAINTIFIK KE GUNUNG KORBU 24-27 APRIL 2018


IPOH, PERAK - 24 APR 2018: Bagi memperkukuhkan lagi Lembah Kinta sebagai sebuah Geopark Kebangsaan, kajian dan penyelidikan akan sentiasa diteruskan bagi mendapatkan maklumat tambahan geotapak. Justeru itu, pada tahun 2018 ini, JMG Perak berhasrat ingin menjalankan program ekspedisi saintifik pelbagai bidang ke Gunung Korbu yang dijangkakan akan diadakan pada bulan September 2018. Ekspedisi ini akan disertai oleh para penyelidik daripada pelbagai agensi dan jabatan untuk mengumpul maklumat saintifik berkaitan bidang masing-masing terutama geologi dan biologi.

Para peserta bergambar sebelum memulakan ekspedisi.

Wajah-wajah ceria di pagi hari.

Dengan kerjasama dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak, satu tinjauan awal (recce) ke Gunung Korbu telah diadakan pada 24-27 April 2018 (Selasa-Jumaat). Seramai 24 peserta dari JMG Perak, Perbadanan Taman Negeri Perak, JPAM dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah berjaya menawan puncak Gunung Korbu. Gunung ini merupakan puncak ke-dua tertinggi di Semenanjung Malaysia dan dilabelkan sebagai salah satu lokasi pendakian yang mencabar. Syabas dan tahniah diucapkan!

Cabaran...
Satu gambar di Kem Seroja.

Kem Seroja, camping dulu sebelum ke puncak Gunung Korbu.




Wednesday, 11 April 2018

MESYUARAT PERANCANGAN & HALA TUJU GEOPARK LEMBAH KINTA 10 APRIL 2018


IPOH, PERAK - 10 APR : Bertempat di Dewan Granit, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak, satu mesyuarat diadakan susulan daripada perbincangan bersama YB. Dato’ Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia sebelumnya berkaitan  perancangan dan hala tuju Geopark Lembah Kinta. Hasil daripada perbincangan tersebut, 5 jawatankuasa ditubuhkan bagi membincangkan isu-isu berkaitan Geopark Lembah Kinta.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah JMG Perak, Dato' Ir. Ahmad Zukni.

Jawankuasa tersebut terdiri darpada Jawatankuasa Teknikal, Jawatankuasa Pemerkasaan Komuniti Setempat, Jawatankuasa Promosi dan Pelancongan serta Jawatankuasa Pengurusan. Ahli jawatankuasa itu sendiri terdiri daripada jabatan kerajaan, NGO, institusi pendidikan serta pakar geopark. Dalam mesyuarat, Dr Shafeea, pakar penasihat Geopark Lembah Kinta menyatakan kepentingan setiap ahli jawatankuasa dalam geopark dan perlu memikirkan cara terbaik untuk mengaitkan elemen-elemen geopark antara satu sama lain dari segi geologi, biologi, warisan dan budaya.

Ahli mesyuarat di Dewan Granit, JMG Perak.

Kelihatan En Othman (berbaju biru muda) , Ketua Projek Geopark Lembah Kinta.


Friday, 30 March 2018

KURSUS ASAS GEOWARISAN 2018 DI PUSAT PENYELIDIKAN LANGKAWI 25-29 MAC 2018



LANGKAWI, KEDAH - 25 MAC : Bertempat di Pusat Penyelidikan Langkawi, pada 25 hingga 29 Mac 2018, seramai 25 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Warisan dan Unit Geopark Langkawi UNESCO Global Geopark telah menghadiri Kursus Asas Geowarisan 2018 dengan jayanya. Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan, menjelaskan kepentingan sumber warisan geologi dan memperkasakan pihak berkepentingan dalam mengenalpasti, memetakan dan mencirikan sumber berkenaan.

Peserta yang menghadiri Kursus Asas Geowarisan 2018 di Pusat Penyelidikan Langkawi.

Kursus dianjurkan oleh Kumpulan Warisan Geologi Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Pusat Penyelidikan Langkawi dengan kerjasama daripada Langkawi UNESCO Global Geopark dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Peserta kursus mengikuti kuliah, aktiviti secara berkumpulan serta kerja lapangan pemetaan ke Pulau Ular. Sememangnya program seperti ini dapat memberi pendedahan serta input yang berguna untuk pembangunan geopark di Malaysia pada masa akan datang.

Sesi kuliah.

Kerja lapangan pemetaan ke Pulau Ular.

Tekunnya peserta teliti formasi batuan...

Salah satu singkapan menarik yang ada di Pulau Ular.

Monday, 13 November 2017

FORUM SEMPENA PEMAHSYURAN GEOPARK LEMBAH KINTA SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN MALAYSIA



IPOH, PERAK - 9 NOV. 2017 :  Program yang berlangsung pada 9 November 2017, bertempat di Hotel Impiana, Ipoh anjuran Jabatan Mineral dan Geosains telah mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja dari agensi kerajaan malah wakil dari komuniti dan institusi pendidikan. Seramai lebih 100 orang peserta telah menyertai forum ini dan turut sama memberikan kerjasama dalam menjayakan forum Geopark Lembah Kinta. Tujuan diadakan forum ini adalah untuk memberi pendedahan terhadap peranan, penyertaan dan tanggungjawab semua pihak yang berkepentingan (pemegang taruh, pengusaha, komuniti, Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah)  dan mengetengahkan konsep bottom-up dalam pembangunan Geopark Lembah Kinta.

Forum ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi. Sesi pertama dimulakan dengan pembentangan oleh penasihat Geopark Lembah Kinta dan kemudian diikuti dengan sesi perbincangan dalam kumpulan. Mari kita lihat gambar-gambar menarik sekitar program berlangsung..


Suasana dewan sebelum forum bermula.

Ketibaan Ketua Pengarah JMG disambut meriah oleh wakil JMG Perak
Dari kiri, Dato' Mohd Zaim (Pengarah BPT), Tuan Haji Shahar Effendi (Ketua Pengarah JMG) dan En. Mohd Sidi (Pengarah JMG Perak)
Pembentangan oleh Prof Dr. Mohd Shafeea Leman, penasihat Geopark Lembah Kinta.
Forum diteruskan dengan pembahagian kumpulan dan masing-masing tidak lokek dalam melontarkan cadangan dan pandangan sepanjang sesi pembincangan berlangsung.



Suasana ketika sesi pembincangan mengikut kumpulan masing-masing.
Apa yang penting? Kerjasama!
Perbincangan dalam kumpulan.

En Basharuddin (Ketua Unit Geosains) yang bertindak sebagai moderator menerangkan objektif perbincangan yang diadakan.
Setiap kumpulan membentangkan resolusi yang telah dicapai sepanjang perbincangan dan forum berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati kepada pembentang dan moderator. SYABAS dan terima kasih kepada semua yang terlibat!

Sesi pembentangan oleh wakil setiap kumpulan. 



Para pelajar juga turut sama membentangkan cadangan dari kumpulan masing-masing.

Peserta-peserta Forum Sempena Pemahsyuran Geopark Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan. Tahniah!













Monday, 23 October 2017

BENGKEL & DIALOG GEOPARK LEMBAH KINTA “PERANAN, PENYERTAAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM GEOPARK” 2017


IPOH, PERAK - 20 OKT 2017 :Bengkel separuh hari ini telah diadakan pada tarikh 20 Oktober 2017 (hari Jumaat) di Malayana Ballroom, Sunway Lost World Hotel, Ipoh. Penganjuran bengkel ini adalah sebagai salah satu medium untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat Lembah Kinta (public engagement) khususnya kepada agensi/jabatan kerajaan, NGO dan pengusaha ekopelancongan berkaitan konsep geopark, iaitu mengamalkan pendekatan bawah atas (bottom-up approach). Program bermula seawal 8.30 pagi dan tamat pada pukul 1.00 petang.


Perbincangan sebelum program bermula.
Mohd Hanif Kamal Roslan selaku Pengerusi Majlis sepanjang program berlangsung.
Ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Mohd Zaidi Mohd Hasan, Timbalan Pengarah JMG Perak.



































Program bengkel ini terbahagi kepada dua sesi dimana melibatkan syarahan yang disampaikan oleh dua penceramah iaitu Tuan Rusli Tuan Mohamed, Ketua Penyelaras Geopark JMG Malaysia serta pembentangan kedua yang disampaikan oleh Prof. Dr. Mohd. Shafeea Leman, Penasihat Pakar Geopark Kebangsaan Lembah Kinta



Tuan Rusli Tuan Mohamed, Ketua Penyelaras Geopark JMG Malaysia 
menyampaikan syarahan bertajuk: Geopark Lembah Kinta sebagai 
Geopark Kebangsaan.

Sesi kedua iaitu sesi dialog diadakan melibatkan dua ahli panel iaitu penceramah sebentar tadi dan En. Basharuddin Ismail, Ketua Unit Geosains, JMG Malaysia, Perak sebagai moderator.

Makan...makan....

Sesi dialog. (Gambar dari kiri: Prof. Dr. Mohd. Shafeea Leman, En. Basharuddin Ismail dan Tuan Rusli Tuan Mohamed)

Sebahagian peserta menanyakan soalan semasa sesi dialog.

Sesi penyampaian cenderahati. Terima kasih kepada semua yang terlibat!





Wednesday, 18 October 2017

PAMERAN DI SIMPOSIUM MINERAL DAN PERSIDANGAN JMG 2017


MERU, IPOH - 26 SEPT.2017 : Pada 26-28 September 2017 yang lepas team Geopark tidak melepaskan peluang untuk mengadakan pameran Geopark Lembah Kinta bagi mendedahkan kepada pengunjung juga peserta-peserta yang hadir ke Simposium Mineral dan Persidangan JMG yang diadakan di Hotel Casuarina@Meru. Bersebelahan booth Geopark Lembah Kinta, team Geopark Jerai juga turut membuka booth pameran bagi memperkenalkan Geopark mereka sendiri yang mana Geopark Jerai merupakan salah satu Geopark di Kedah yang turut bersama-sama diangkat sebagai Geopark Kebangsaan.  Padaa tahun ini sebanyak .Pada tahun ini sebanyak 3 Kertas Ucap Utama (Keynote Paper) dan 24 Kertas Teknikal (Technical Paper) telah dibentangkan. Perasmian Simposium Mineral dan Persidangan JMG tersebut telah disempurnakan oleh YB. Datuk Ir. Dr. Haji Hamim b. Samuri, iaitu Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.


YB. Datuk Ir. Dr. Haji Hamim b. Samuri sedang mendengar penerangan yang disampaikan oleh Tuan Pengarah JMG Malaysia, Perak.
YB. Datuk Ir. Dr. Haji Hamim b. Samuri khusyuk dan begitu berminat dengan Geopark Lembah Kinta
En. Rodzi, jurugambar yang tidak asing di bibir staf  Unit Geosains.
Ketua Unit Geosains, En. Basharuddin bersama En. Othman sedang memerhatikan bahan-bahan pameran yang diletakkan pada booth pameran Geopark Lembah Kinta. 





Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan