Pages

Tuesday, 17 November 2015

PERUNTUKAN UNTUK SEKTOR PELANCONGAN DITAMBAH

AHLI Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning, Datuk Samsuddin Abu Hassan ketika membahaskan Bajet Perak 2016 dalam Persidangan DUN negeri di Ipoh, Perak, semalam

IPOH 17 Nov. – Kerajaan negeri menambah peruntukan sektor pelancongan sebanyak RM1.5 juta bagi tahun 2016, menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM10 juta bertujuan menaik taraf serta menyelenggara lokasi-lokasi menarik selain pelbagai program untuk menarik pengunjung ke negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sektor pelancongan telah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, dengan pe­ningkatan jumlah pelancong dari dalam serta luar negara.

Saturday, 14 November 2015

EKSPEDISI SANTIFIK - GEOPARK LEMBAH KINTA


THE LERENG, ULU CHEPOR : 7-13 November 2015, Pihak JMG Malaysia, Perak telah mengadakan satu Ekspedisi Saintifik Geopark Lembah Kinta melibatkan beberapa agensi kerajaan dan institusi awam.Tujuan ekspedisi tersebut adalah bagi mengumpul data-data untuk persediaan dossier Geopark Lembah Kinta bertempat di The Lereng, ulu Chepor.


Wakil dari Jabatan Perhilitan sedang memeriksa jerat haram bagi memerangkap binatang ketika ekspedisi
Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan