Pages

Monday, 13 November 2017

FORUM SEMPENA PEMAHSYURAN GEOPARK LEMBAH KINTA SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN MALAYSIA



IPOH, PERAK - 9 NOV. 2017 :  Program yang berlangsung pada 9 November 2017, bertempat di Hotel Impiana, Ipoh anjuran Jabatan Mineral dan Geosains telah mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja dari agensi kerajaan malah wakil dari komuniti dan institusi pendidikan. Seramai lebih 100 orang peserta telah menyertai forum ini dan turut sama memberikan kerjasama dalam menjayakan forum Geopark Lembah Kinta. Tujuan diadakan forum ini adalah untuk memberi pendedahan terhadap peranan, penyertaan dan tanggungjawab semua pihak yang berkepentingan (pemegang taruh, pengusaha, komuniti, Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah)  dan mengetengahkan konsep bottom-up dalam pembangunan Geopark Lembah Kinta.

Forum ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi. Sesi pertama dimulakan dengan pembentangan oleh penasihat Geopark Lembah Kinta dan kemudian diikuti dengan sesi perbincangan dalam kumpulan. Mari kita lihat gambar-gambar menarik sekitar program berlangsung..


Suasana dewan sebelum forum bermula.

Ketibaan Ketua Pengarah JMG disambut meriah oleh wakil JMG Perak
Dari kiri, Dato' Mohd Zaim (Pengarah BPT), Tuan Haji Shahar Effendi (Ketua Pengarah JMG) dan En. Mohd Sidi (Pengarah JMG Perak)
Pembentangan oleh Prof Dr. Mohd Shafeea Leman, penasihat Geopark Lembah Kinta.
Forum diteruskan dengan pembahagian kumpulan dan masing-masing tidak lokek dalam melontarkan cadangan dan pandangan sepanjang sesi pembincangan berlangsung.



Suasana ketika sesi pembincangan mengikut kumpulan masing-masing.
Apa yang penting? Kerjasama!
Perbincangan dalam kumpulan.

En Basharuddin (Ketua Unit Geosains) yang bertindak sebagai moderator menerangkan objektif perbincangan yang diadakan.
Setiap kumpulan membentangkan resolusi yang telah dicapai sepanjang perbincangan dan forum berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati kepada pembentang dan moderator. SYABAS dan terima kasih kepada semua yang terlibat!

Sesi pembentangan oleh wakil setiap kumpulan. 



Para pelajar juga turut sama membentangkan cadangan dari kumpulan masing-masing.

Peserta-peserta Forum Sempena Pemahsyuran Geopark Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan. Tahniah!













Monday, 23 October 2017

BENGKEL & DIALOG GEOPARK LEMBAH KINTA “PERANAN, PENYERTAAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM GEOPARK” 2017


IPOH, PERAK - 20 OKT 2017 :Bengkel separuh hari ini telah diadakan pada tarikh 20 Oktober 2017 (hari Jumaat) di Malayana Ballroom, Sunway Lost World Hotel, Ipoh. Penganjuran bengkel ini adalah sebagai salah satu medium untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat Lembah Kinta (public engagement) khususnya kepada agensi/jabatan kerajaan, NGO dan pengusaha ekopelancongan berkaitan konsep geopark, iaitu mengamalkan pendekatan bawah atas (bottom-up approach). Program bermula seawal 8.30 pagi dan tamat pada pukul 1.00 petang.


Perbincangan sebelum program bermula.
Mohd Hanif Kamal Roslan selaku Pengerusi Majlis sepanjang program berlangsung.
Ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Mohd Zaidi Mohd Hasan, Timbalan Pengarah JMG Perak.



































Program bengkel ini terbahagi kepada dua sesi dimana melibatkan syarahan yang disampaikan oleh dua penceramah iaitu Tuan Rusli Tuan Mohamed, Ketua Penyelaras Geopark JMG Malaysia serta pembentangan kedua yang disampaikan oleh Prof. Dr. Mohd. Shafeea Leman, Penasihat Pakar Geopark Kebangsaan Lembah Kinta



Tuan Rusli Tuan Mohamed, Ketua Penyelaras Geopark JMG Malaysia 
menyampaikan syarahan bertajuk: Geopark Lembah Kinta sebagai 
Geopark Kebangsaan.

Sesi kedua iaitu sesi dialog diadakan melibatkan dua ahli panel iaitu penceramah sebentar tadi dan En. Basharuddin Ismail, Ketua Unit Geosains, JMG Malaysia, Perak sebagai moderator.

Makan...makan....

Sesi dialog. (Gambar dari kiri: Prof. Dr. Mohd. Shafeea Leman, En. Basharuddin Ismail dan Tuan Rusli Tuan Mohamed)

Sebahagian peserta menanyakan soalan semasa sesi dialog.

Sesi penyampaian cenderahati. Terima kasih kepada semua yang terlibat!





Wednesday, 18 October 2017

PAMERAN DI SIMPOSIUM MINERAL DAN PERSIDANGAN JMG 2017


MERU, IPOH - 26 SEPT.2017 : Pada 26-28 September 2017 yang lepas team Geopark tidak melepaskan peluang untuk mengadakan pameran Geopark Lembah Kinta bagi mendedahkan kepada pengunjung juga peserta-peserta yang hadir ke Simposium Mineral dan Persidangan JMG yang diadakan di Hotel Casuarina@Meru. Bersebelahan booth Geopark Lembah Kinta, team Geopark Jerai juga turut membuka booth pameran bagi memperkenalkan Geopark mereka sendiri yang mana Geopark Jerai merupakan salah satu Geopark di Kedah yang turut bersama-sama diangkat sebagai Geopark Kebangsaan.  Padaa tahun ini sebanyak .Pada tahun ini sebanyak 3 Kertas Ucap Utama (Keynote Paper) dan 24 Kertas Teknikal (Technical Paper) telah dibentangkan. Perasmian Simposium Mineral dan Persidangan JMG tersebut telah disempurnakan oleh YB. Datuk Ir. Dr. Haji Hamim b. Samuri, iaitu Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.


YB. Datuk Ir. Dr. Haji Hamim b. Samuri sedang mendengar penerangan yang disampaikan oleh Tuan Pengarah JMG Malaysia, Perak.
YB. Datuk Ir. Dr. Haji Hamim b. Samuri khusyuk dan begitu berminat dengan Geopark Lembah Kinta
En. Rodzi, jurugambar yang tidak asing di bibir staf  Unit Geosains.
Ketua Unit Geosains, En. Basharuddin bersama En. Othman sedang memerhatikan bahan-bahan pameran yang diletakkan pada booth pameran Geopark Lembah Kinta. 





Monday, 16 October 2017

KARNIVAL 10 TAHUN LANGKAWI UNESCO GLOBAL GEOPARK 2017

LANGKAWI, KEDAH - 14 OKT 2017 : Team Geopark Lembah Kinta telah dijemput untuk mengadakan pameran bersempena dengan Karnival 10 Tahun Langkawi UNESCO Global Geopark di Kawasan Perkarangan LADA, Langkawi pada 14 Oktober 2017 (Sabtu). Terdapat pelbagai agensi yang turut serta mempamerkan booth masing-masing termasuklah Geopark Kebangsaan Lembah Kinta yang melibatkan dua orang pegawai, Puan Asikin Rashidi dan Puan Nurul 'Amalina Md Nor.


Booth Geopark Lembah Kinta yang mempamerkan poster-poster geotapak yang menarik dan unik di sekitar Lembah Kinta.

Dari kanan: Puan Nurul 'Amalina, Puan Asikin serta tiga orang pegawai dari Jerai Geopark yang turut bersama dalam karnival yang diadakan.


Karnival telah dirasmikan oleh YTM Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Tunku Temenggong KEDAH merangkap Penaung DiRaja Langkawi UNESCO Global Geopark. Karnival meriah dengan pengunjung dari seluruh Malaysia dan juga antarabangsa.


Ketibaan YTM Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Alamrhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Tuanku Temenggung Kedah.

Puan Asikin (tengah) memberi penerangan kepada YTM Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Penyampaian cenderahati Geopark Lembah Kinta kepada YTM Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.








Monday, 9 October 2017

PAMERAN DI KARNIVAL EKSPLORASI SAINS 2017


GERIK, PERAK - 4 OKT. 2017 : Pada 4-5 Oktober yang lepas team Geopark Lembah Kinta telah mengadakan pameran di Gerik bersempena Karnival Ekplorasi Sains 2017 yang diadakan di Dewan PersidanganGerik, Perak. Team Geopark Lembah Kinta telah berkampung di sana selama 2 hari. Begitu ramai sekali para pengunjung yang hadir ke booth Geopark Lembah Kinta untuk mengetahui dengan lebih mendalam apa itu Geopark dan lokasi-lokasi Geopark yang menarik yang ada di Lembah Kinta. Semoga dengan pameran ini, Geopark Lembah Kinta akan lebih dikenali ramai.Terbaikkk Geopark Lembah Kinta...!!!!!


Cik Ain Maisyara sedang melayan para pelajar sekolah.

""Pakar Batu",Encik Ihsan cuba menerangkan jenis-jenis batuan yang ada di Lembah Kinta.

Antara para pelajar yang mendekati booth Geopark Lembah Kinta.

Monday, 2 October 2017

PEMBENTANGAN PELAKSANAAN GEOPARK LEMBAH KINTA DI MAJLIS DAERAH BATU GAJAH


BATU GAJAH,PERAK - 29 SEPT. 2017 : Satu pembentangan pelaksanaan Geopark Lembah Kinta telah diadakan pada hari Jumaat yang lalu bertempat di Majlis Daerah Batu Gajah. Pembentangan tersebut diadakan sekali berserta dengan Mesyuarat Jawatankuasa Tujuan-tujuan Am bagi Majlis Daerah Batu Gajah. Dalam mesyuarat tersebut Geopark Lembah Kinta telah diberikan masa selama 30minit untuk pembentangan Geopark Lembah Kinta. Pembentangan ini merupakan pembentangan kedua selepas Majlis Daerah Kampar yang mana pembentangan tersebut telah diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Antara pegawai-pegawai yang terlibat terdiri dari En.Tuan Rusli Tuan Mohamed, En. Basharuddin Ismail, Othman Kangsar dan Puan Nurul 'Amalina. Penyelaras Geopark sendiri iaitu Tuan Rusli b. Tuan Mohamed telah membentangkan Pelaksanaan Geopark Lembah Kinta yang mana beliau juga merupakan mantan bagi Ketua Unit Geosains, JMG Malaysia, Perak.

Penyelaras Geopark menyampaikan cenderahati Geopark Lembah Kinta kepada Ketua Ahli Majlis Batu Gajah iaitu Y.BHG Dato' Wira Haji Yusoff Kassim. 

En. Tuan Rusli sedang membentangkan pelaksanaan Geopark Lembah Kinta.


Friday, 15 September 2017

JEMPUTAN GEOPARK KE SMK JATI


MERU, IPOH - 14 SEPT. 2017 : Pada Khamis yang lalu, SMK Jati telah menjemput wakil dari JMG Malaysia, Perak untuk mengadakan pameran berkenaan dengan Geopark Lembah Kinta. Ia bersempena dengan Hari Karnival Kokurikulum yang diadakan pada sekolah tersebut bermula jam 8.30pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.Seramai 7 orang wakil dari pasukan Geopark telah hadir bagi mengadakan

Thursday, 14 September 2017

MESYUARAT KERJA GEOWARISAN & PENINGKATAN KEPAKARAN DALAM PERINCIAN DAN PEMBANGUNAN GEOTAPAK JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA


IPOH, PERAK - 4 SEPT. 2017 : Pada 4 September 2017 yang lalu JMG Malaysia, Perak telah mengadakan satu mesyuarat khas iaitu Mesyuarat Kerja Geowarisan & Peningkatan Kepakaran dalam Perincian dan Pembangunan Geotapak bagi seluruh JMG Malaysia.. Mesyuarat tersebut berlangsung selama 5 hari bermula dari hari Isnin dan berakhir hari Jumaat  yang mana pihak JMG Malaysia, Perak telah ditugaskan untuk menjadi urusetia bagi mesyuarat tersebut. Seramai hampir 30 peserta dari setiap negeri telah hadir bagi membincangkan pelaksanaan dan

Wednesday, 13 September 2017

PAMERAN GEOPARK DI BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL, JMG MALAYSIA


IPOH, PERAK - 11 SEPT. 2017 : Satu Sambutan Sembang Kemerdekaan @ Muzium Geologi telah diadakan pada 11 September 2017 yang lalu bersempena dengan bulan kemerdekaan Malaysia telah diadakan di Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG Malaysia. Bagi memeriahkan sambutan tersebut booth Geopark Lembah Kinta juga dijemput bagi menjayakan sambutan tersebut agar Geopark Lembah Kinta dapar diwar-warkan kepada para pengunjung yang hadir. Booth Geopark merupakan salah

Thursday, 24 August 2017

PEMBENTANGAN PELAKSANAAN GEOPARK LEMBAH KINTA DI MAJLIS DAERAH KAMPAR


KAMPAR, PERAK - 23 OGOS 2017 : Satu pembentangan  mengenai Geopark Lembah Kinta telah diadakan di Majlis Daerah Kampar pada 23 Ogos 2017 yang lalu. Matlamat utama pembentangan tersebut bagi memberi pemahaman dan penjelasan tentang Geopark itu sendiri dan peranan yang perlu dimainkan oleh pihak berkuasa tempatan agar pembangunan Geopark itu sendiri tercapai. Pembentangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Unit Geosains, JMG Malaysia Perak iaitu En. Basharuddin Ismail. Majlis Daerah Kampar merupakan salah satu pihak berkuasa tempatan yang pertama bagi pembentangan Geopark Lembah Kinta selain dari Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Daerah Kampar.


Pembentangan oleh En. Basharuddin Ismail, Ketua Unit Geosains

Thursday, 10 August 2017

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN PEMBANGUNAN GEOPARK LEMBAH KINTA


JMG MALAYSIA, PERAK - 9 OGOS 2017 : Satu mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Pembangunan Geopark Lembah Kinta telah diadakan bersama-sama agensi pelaksana Geopark Lembah Kinta pada 9 Ogos 2017 yang lalu.Mesyuarat tersebut telah diadakan di dewan Granit, JMG Malaysia, Perak dan dipengerusikan oleh Pengarah JMG Malaysia, Perak. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan persediaan pemasyhuran Geopark Lembah Kinta sebagaimana dalam cadangan untuk diadakan pada bulan November yang akan datang.Bagi melicinkan perjalanan majlis pemasyhuran tersebut ,pihak JMG Malaysia, Perak

Monday, 7 August 2017

KEUNIKAN WARISAN ALAM, BUDAYA


AYOB ALANG menunjukkan ikan tengas yang ditangkap menggunakan bubu

IPOH 6 Ogos - Kampung Pos Raya dekat Simpang Pulai yang merupakan penempatan ma­sya­rakat Orang Asli sejak tahun 1954, adalah sebahagian daripada kawasan Geopark Lembah Kinta.

Perkampungan suku kaum Te­miar itu kini dihuni oleh 500 keluarga yang masih berpe­gang teguh pada warisan alam serta kebudayaan masyarakat pe­ribumi meskipun turut sama menikmati arus pembangunan pada masa kini.

GEOPARK LEMBAH KINTA DIIKTIRAF GEOPARK KEBANGSAAN NOVEMBER INI



IPOH, 1 Ogos (Bernama) -- Geopark Lembah Kinta, yang memiliki kepelbagaian warisan geologi dan budaya, bakal menerima pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan selewat-lewatnya pada November tahun ini, kata Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains negeri Mohd Sidi Daud.

Beliau berkata keputusan mengenai pengiktirafan itu diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir baru-baru ini selepas proses penilaian siap dilakukan Geopark Kebangsaan Malaysia (GKM).

GEOPARK LEMBAH KINTA BAKAL DIISYTIHAR GEOPARK KEBANGSAAN

MOHD. SIDI DAUD (kiri) melihat penduduk Orang Asli, Aju Alang mengambil kulit kayu terap untuk dijadikan baju di perkampungan Orang Asli Pos Raya, Ipoh, Perak, semalam

IPOH 6 Ogos – Geopark Lembah Kinta yang bakal diisytihar secara rasmi sebagai geopark kebangsaan pada penghujung tahun ini, akan menjadi kawasan geopark terbesar di Malaysia.

Berkeluasan 1,958 kilometer persegi me­rangkumi kawasan se­kitar Ipoh sehingga ke Kampar, Geopark Lembah Kinta kaya dengan warisan alam dan budaya yang se­suai untuk dikete­ngahkan sebagai pro­duk pelancongan.

Wednesday, 2 August 2017

SASAR PENGIKTIRAFAN UNESCO

Pengarah JMG Malaysia,Perak bergambar bersama-sama kakitangan JMG Malaysia, Perak


SIMPANG PULAI – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Perak menyasarkan Geopark Lembah Kinta yang diilhamkan sejak 2012, menerima pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) dalam tempoh dua tahun lagi.

Pengarahnya, Mohd Sidi Daud berkata, melalui mesyuarat bersama jawatankuasa Geopark Kebangsaan, 18 Julai lalu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengangkat Geopark Lembah Kinta sebagai satu daripada Geopark Kebangsaan.

Tuesday, 18 July 2017

MESYUARAT JAWATANKUASA GEOPARK KEBANGSAAN


PUTRAJAYA - Satu Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan telah diadakan di Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar,Putrajaya pada 18 Julai 2017. Mesyuarat tersebut bertujuan
untuk membentangkan segala laporan dan aktiviti pembangunan Geopark.Pembentang tersebut terdiri daripada wakil dari Geopark Lembah Kinta, Geopark Jerai dan Geopark Langkawi.Geopark Lembah Kinta diwakili oleh

Thursday, 13 July 2017

PROGRAM PENILAIAN CADANGAN PEMBANGUNAN GEOPARK LEMBAH KINTA SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN


JMG MALAYSIA, PERAK - Satu program penilaian geopark bagi Geopark Lembah Kinta telah diadakan pada 6 - 8 Julai 2017 yang lalu bertempat di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak. Program tersebut bertujuan untuk dinilai agar segala persediaan yang telah dilakukan oleh pihak jabatan dapat diangkat ke peringkat kebangsaan. Seramai 5 orang wakil penilai dan pemerhati telah hadir ke program tersebut untuk menilai dalam pelbagai aspek untuk melayakkan Geopark Lembah Kinta ke peringkat kebangsaan.Hasil penilaian dan pemerhatian pertama akan diserahkan kepada Jawatankuasa Geopark Kebangsaan di Kementerian bagi mendapat perakuan dan pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan.

Taklimat awal sebelum proses penilaian bersama-sama Pengarah JMG Malaysia,Perak dan wakil setiap stakeholder

Friday, 7 July 2017

PERAK PLANS TO DEVELOP LARGEST GEOLOGICAL PARK IN THE COUNTRY


PLANS are underway to develop Perak as one of the largest geological park destinations for tourists in the country.

Perak Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir said the state has already identified several areas around the Kinta Valley based on proposals received from the Minerals and Geoscience Department.

“We will forward our application to obtain recognition from the National Geoparks Committee.

“Once approved, we will discuss with experts, mostly lecturers from Universiti Kebangsaan Malaysia, to devise plans to see how we can develop these places in the best way,” he told reporters after chairing the State Executive Council meeting at the State Secretariat Building on Wednesday.

USAHA JADIKAN ULU CHEPOR TAPAK GEOPARK

Sesi bergambar bersama ADUN Manjoi Mohammad Ziad

IPOH : Usaha berterusan dan penilaian teliti daripada pihak berwajib diperlukan bagi merealisasikan pengiktirafan kawasan perkampungan dan perkelahan Ulu Chepor sebagai salah satu lokasi Geopark terbaru di negeri ini.


Adun Hulu Kinta


Adun Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata pemilihan Ulu Chepor sebagai lokasi Geopark bakal menjadi penanda aras terhadap peningkatkan sektor pelancongan di kawasan sekitar Kinta amnya.

Thursday, 6 July 2017

STATUS GEOPARK PERLU PENGLIBATAN KOMUNITI



Pengarah JMG Malaysia Perak(hadapan tiga dari kiri) bergambar bersama-sama penilai dan pemerhati Geopark Lembah Kinta di hadapan Muzium Geologi
IPOH: Semua pihak dan komuniti diminta memberi kerjasama untuk merealisasikan hasrat membolehkan Geopark Lembah Kinta diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan dan seterusnya diangkat sebagai Geopark UNESCO Global.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia Perak, Mohd Sidi Daud berkata, geopark sebenarnya bukan milik mana-mana pihak atau individu, sebaliknya menjadi milik semua pihak.Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Geopark Lembah Kinta berharap segala konflik dapat diselesaikan sekiranya mana-mana komuniti mahu kawasan yang berpotensi, dimasukkan ke dalam geopark.

Wednesday, 5 July 2017

PERAK BAKAL MEMPUNYAI TAMAN GEOPARK

Menteri Besar Perak

IPOH: Kerajaan Perak menerima cadangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Perak dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk mewujudkan Taman Geopark di kawasan-kawasan tertentu khususnya di sekitar kawasan Kinta.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, antara sembilan laluan (trail) yang telah dikenal pasti akan diwartakan sebagai Taman Geopark Nasional.

KAWASAN GEOPARK TERBESAR MALAYSIA DI PERAK

Menteri Besar Perak

IPOH: Kerajaan negeri merancang untuk menjadikan Perak sebagai kawasan pelancongan berkonsepkan geopark antara yang terbesar di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan di sekitar Lembah Kinta untuk tujuan tersebut dan kini sedang dalam proses penilaian oleh Geopark Kebangsaan Malaysia (GKM).
Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan