Pages

Wednesday, 5 July 2017

KAWASAN GEOPARK TERBESAR MALAYSIA DI PERAK

Menteri Besar Perak

IPOH: Kerajaan negeri merancang untuk menjadikan Perak sebagai kawasan pelancongan berkonsepkan geopark antara yang terbesar di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan di sekitar Lembah Kinta untuk tujuan tersebut dan kini sedang dalam proses penilaian oleh Geopark Kebangsaan Malaysia (GKM).

Menurut beliau, kerajaan negeri telah menerima cadangan dari pasukan jawatankuasa yang ditubuhkan melalui Jabatan Geologi dan Geosains (JMG) untuk mewujudkan geopark di kawasan Lembah Kinta dan dalam proses mendapatkan pengiktirafan oleh GKM.

“Sekiranya kesemua kawasan ini dipersetujui dan diiktiraf oleh GKM, kita akan bergerak selangkah ke hadapan dengan memohon untuk mendapat peniktirafan pula dari UNESCO Global Geopark,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini pada Rabu.

Beliau memberitahu kawasan-kawasan yang terpilih itu terdiri daripada gua dan bukit yang terdapat di kawasan Lembah Kinta.

“Kita mempunyai gua dan bukit-bukit yang amat baik serta unik di Lembah Kinta, sekiranya kesemua tempat-tempat ini dipromosi dan digunakan dengan betul sebagai tarikan pelancongan yang baharu, kita boleh menarik lebih ramai orang untuk datang ke Perak.

“Sesetengah kawasan yang dikenal pasti itu telah pun diketahui umum seperti Gua Tempurung dan Gunung Korbu manakala selebihnya kurang diketahui, jadi kita akan ketengahkan kawasan-kawasan itu sebahagian daripada peracangan geopark ini,” jelas beliau.

Beliau memberitahu kesemua kawasan itu juga nanti akan dipakej dan dibahagian kepada sembilan “laluan” yang boleh dipilih oleh pelancongan atau sesiapa yang berminat.

“Kita akan pakejkan kesemua laluan ini bagi memudahkan pelancongan memilih laluan mana yang mereka mahu kunjungi atau minat mereka, setiap laluan itu ada keunikkan, keindahan dan nilai warisannya tersendiri,” ujarnya.

SUMBER

No comments:

Post a Comment

Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan