PUTRAJAYA - Satu Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan telah diadakan di Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar,Putrajaya pada 18 Julai 2017. Mesyuarat tersebut bertujuan
untuk membentangkan segala laporan dan aktiviti pembangunan Geopark.Pembentang tersebut terdiri daripada wakil dari Geopark Lembah Kinta, Geopark Jerai dan Geopark Langkawi.Geopark Lembah Kinta diwakili oleh
En. Basharuddin Ismail dan En. Othman Kangsar.Ketua Unit Geosains, En. Basharuddin Ismail telah membentang Geopark Lembah Kinta dan hasil pembentangan tersebut Geopark Lembah Kinta adalah salah satu Geopark yang berjaya untuk menjadi sebagai Geopark Kebangsaan.Tahniah diucapkan kepada Geopark Lembah Kinta...!!!.
![]() |
Mesyuarat sedang bersidang |
![]() |
En. Othman wakil dari Geopark Lembah Kinta bersama ahli mesyuarat |
No comments:
Post a Comment