Pages

Thursday, 13 July 2017

PROGRAM PENILAIAN CADANGAN PEMBANGUNAN GEOPARK LEMBAH KINTA SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN


JMG MALAYSIA, PERAK - Satu program penilaian geopark bagi Geopark Lembah Kinta telah diadakan pada 6 - 8 Julai 2017 yang lalu bertempat di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak. Program tersebut bertujuan untuk dinilai agar segala persediaan yang telah dilakukan oleh pihak jabatan dapat diangkat ke peringkat kebangsaan. Seramai 5 orang wakil penilai dan pemerhati telah hadir ke program tersebut untuk menilai dalam pelbagai aspek untuk melayakkan Geopark Lembah Kinta ke peringkat kebangsaan.Hasil penilaian dan pemerhatian pertama akan diserahkan kepada Jawatankuasa Geopark Kebangsaan di Kementerian bagi mendapat perakuan dan pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan.

Taklimat awal sebelum proses penilaian bersama-sama Pengarah JMG Malaysia,Perak dan wakil setiap stakeholder

Penilai sedang menilai di Geotapak Gua Tempurung

Bergambar bersama ADUN MANJOI

Penilai dan pemerhati sedang merasai salah satu produk Geopark iaitu Lemang Kelamai

Penerangan dari Pengetua SMK Seri Kampar (Rakan Sekolah Geopark)

Penerangan dari wakil Gaharu Tea Valley 

Sesi Penggulungan bagi Program Penilaian

No comments:

Post a Comment

Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan