Pages

Thursday, 24 August 2017

PEMBENTANGAN PELAKSANAAN GEOPARK LEMBAH KINTA DI MAJLIS DAERAH KAMPAR


KAMPAR, PERAK - 23 OGOS 2017 : Satu pembentangan  mengenai Geopark Lembah Kinta telah diadakan di Majlis Daerah Kampar pada 23 Ogos 2017 yang lalu. Matlamat utama pembentangan tersebut bagi memberi pemahaman dan penjelasan tentang Geopark itu sendiri dan peranan yang perlu dimainkan oleh pihak berkuasa tempatan agar pembangunan Geopark itu sendiri tercapai. Pembentangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Unit Geosains, JMG Malaysia Perak iaitu En. Basharuddin Ismail. Majlis Daerah Kampar merupakan salah satu pihak berkuasa tempatan yang pertama bagi pembentangan Geopark Lembah Kinta selain dari Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Daerah Kampar.


Pembentangan oleh En. Basharuddin Ismail, Ketua Unit Geosains

Thursday, 10 August 2017

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN PEMBANGUNAN GEOPARK LEMBAH KINTA


JMG MALAYSIA, PERAK - 9 OGOS 2017 : Satu mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Pembangunan Geopark Lembah Kinta telah diadakan bersama-sama agensi pelaksana Geopark Lembah Kinta pada 9 Ogos 2017 yang lalu.Mesyuarat tersebut telah diadakan di dewan Granit, JMG Malaysia, Perak dan dipengerusikan oleh Pengarah JMG Malaysia, Perak. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan persediaan pemasyhuran Geopark Lembah Kinta sebagaimana dalam cadangan untuk diadakan pada bulan November yang akan datang.Bagi melicinkan perjalanan majlis pemasyhuran tersebut ,pihak JMG Malaysia, Perak

Monday, 7 August 2017

KEUNIKAN WARISAN ALAM, BUDAYA


AYOB ALANG menunjukkan ikan tengas yang ditangkap menggunakan bubu

IPOH 6 Ogos - Kampung Pos Raya dekat Simpang Pulai yang merupakan penempatan ma­sya­rakat Orang Asli sejak tahun 1954, adalah sebahagian daripada kawasan Geopark Lembah Kinta.

Perkampungan suku kaum Te­miar itu kini dihuni oleh 500 keluarga yang masih berpe­gang teguh pada warisan alam serta kebudayaan masyarakat pe­ribumi meskipun turut sama menikmati arus pembangunan pada masa kini.

GEOPARK LEMBAH KINTA DIIKTIRAF GEOPARK KEBANGSAAN NOVEMBER INI



IPOH, 1 Ogos (Bernama) -- Geopark Lembah Kinta, yang memiliki kepelbagaian warisan geologi dan budaya, bakal menerima pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan selewat-lewatnya pada November tahun ini, kata Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains negeri Mohd Sidi Daud.

Beliau berkata keputusan mengenai pengiktirafan itu diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir baru-baru ini selepas proses penilaian siap dilakukan Geopark Kebangsaan Malaysia (GKM).

GEOPARK LEMBAH KINTA BAKAL DIISYTIHAR GEOPARK KEBANGSAAN

MOHD. SIDI DAUD (kiri) melihat penduduk Orang Asli, Aju Alang mengambil kulit kayu terap untuk dijadikan baju di perkampungan Orang Asli Pos Raya, Ipoh, Perak, semalam

IPOH 6 Ogos – Geopark Lembah Kinta yang bakal diisytihar secara rasmi sebagai geopark kebangsaan pada penghujung tahun ini, akan menjadi kawasan geopark terbesar di Malaysia.

Berkeluasan 1,958 kilometer persegi me­rangkumi kawasan se­kitar Ipoh sehingga ke Kampar, Geopark Lembah Kinta kaya dengan warisan alam dan budaya yang se­suai untuk dikete­ngahkan sebagai pro­duk pelancongan.

Wednesday, 2 August 2017

SASAR PENGIKTIRAFAN UNESCO

Pengarah JMG Malaysia,Perak bergambar bersama-sama kakitangan JMG Malaysia, Perak


SIMPANG PULAI – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Perak menyasarkan Geopark Lembah Kinta yang diilhamkan sejak 2012, menerima pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) dalam tempoh dua tahun lagi.

Pengarahnya, Mohd Sidi Daud berkata, melalui mesyuarat bersama jawatankuasa Geopark Kebangsaan, 18 Julai lalu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengangkat Geopark Lembah Kinta sebagai satu daripada Geopark Kebangsaan.
Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan