Pages

Monday, 7 August 2017

GEOPARK LEMBAH KINTA DIIKTIRAF GEOPARK KEBANGSAAN NOVEMBER INI



IPOH, 1 Ogos (Bernama) -- Geopark Lembah Kinta, yang memiliki kepelbagaian warisan geologi dan budaya, bakal menerima pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan selewat-lewatnya pada November tahun ini, kata Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains negeri Mohd Sidi Daud.

Beliau berkata keputusan mengenai pengiktirafan itu diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir baru-baru ini selepas proses penilaian siap dilakukan Geopark Kebangsaan Malaysia (GKM).


"Beberapa kawasan sekitar Lembah Kinta, yang merangkumi sembilan tapak pelancongan serta 24 geoapark dengan kawasan seluas 1,958 kilometer persegi, dikenal pasti sebagai kawasan pelancongan berkonsepkan geopark.

"Antara kawasannya ialah Pos Raya di Simpang Pulai, Kampung Kacang Putih di Buntong serta 'Pencil Rock' di Tambun," katanya kepada pemberita selepas Program Mempromosi Geopark Lembah Kinta bersama-sama penduduk Orang Asli di Kampung Pos Raya dekat Simpang Pulai di sini, hari ini.

Beliau berkata status geopark itu mampu meningkatkan pembangunan sosioekonomi penduduk Lembah Kinta dan menjadi platform penjenamaan semula dalam industri pelancongan.


SUMBER

No comments:

Post a Comment

Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan