Pages

Thursday, 10 August 2017

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN PEMBANGUNAN GEOPARK LEMBAH KINTA


JMG MALAYSIA, PERAK - 9 OGOS 2017 : Satu mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Pembangunan Geopark Lembah Kinta telah diadakan bersama-sama agensi pelaksana Geopark Lembah Kinta pada 9 Ogos 2017 yang lalu.Mesyuarat tersebut telah diadakan di dewan Granit, JMG Malaysia, Perak dan dipengerusikan oleh Pengarah JMG Malaysia, Perak. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan persediaan pemasyhuran Geopark Lembah Kinta sebagaimana dalam cadangan untuk diadakan pada bulan November yang akan datang.Bagi melicinkan perjalanan majlis pemasyhuran tersebut ,pihak JMG Malaysia, Perak
turut mencadangkan untuk melantik PORT (People Of Remarkable Talent) yang merupakan satu organisasi bukan kerajaan dari anak kerajaan negeri Perak bagi mengelola majlis pemasyhuran berkenaan.
Wakil dari agensi pelaksana mula mendaftarkan diri

Antara perwakilan dari agensi pelaksana Geopark Lembah Kinta

Wakil dari PORT En. Zamari(tengah) sedang membentangkan cadangan bagi persediaan majlis pemasyhuran

No comments:

Post a Comment

Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan