Pages

Thursday, 14 September 2017

MESYUARAT KERJA GEOWARISAN & PENINGKATAN KEPAKARAN DALAM PERINCIAN DAN PEMBANGUNAN GEOTAPAK JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA


IPOH, PERAK - 4 SEPT. 2017 : Pada 4 September 2017 yang lalu JMG Malaysia, Perak telah mengadakan satu mesyuarat khas iaitu Mesyuarat Kerja Geowarisan & Peningkatan Kepakaran dalam Perincian dan Pembangunan Geotapak bagi seluruh JMG Malaysia.. Mesyuarat tersebut berlangsung selama 5 hari bermula dari hari Isnin dan berakhir hari Jumaat  yang mana pihak JMG Malaysia, Perak telah ditugaskan untuk menjadi urusetia bagi mesyuarat tersebut. Seramai hampir 30 peserta dari setiap negeri telah hadir bagi membincangkan pelaksanaan dan
perincian geotapak seterusnya mewujudkan S.O.P yang lebih tersusun dalam pembangunan Geopark.  Barisan penceramah adalah terdiri daripada En. Tuan Rusli Tuan Mohamed yang mana beliau merupakan Ketua Penyelaras Geopark, Dr. Dana Badang dari Sarawak dan Prof. Mohd Shafeea Leman dari UKM yang merupakan penasihat bagi Geopark Lembah Kinta, Perak.

Para peserta mula mendaftarkan diri

Dr. Dana Badang, Penceramah

Antara barisan para perseta yang hadir

Ketua Penyelaras Geopark, En. Tuan Rusli Tuan Mohamed

Proff. Mohd Shafeea Leman dari UKM mula membentangkan kertas kerja

Para peserta menikmati hidangan "Mee Kari Ami" yang popular di Gopeng sebelum mula berakit

Para peserta mula untuk berakit dan seterusnya menjalankan kajian pemetaan di kawasan Sungai Kampar yang merupakan salah satu geotapak bagi projek Geopark Lembah Kinta.

No comments:

Post a Comment

Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan