IPOH, PERAK - 11 SEPT. 2017 : Satu Sambutan Sembang Kemerdekaan @ Muzium Geologi telah diadakan pada 11 September 2017 yang lalu bersempena dengan bulan kemerdekaan Malaysia telah diadakan di Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG Malaysia. Bagi memeriahkan sambutan tersebut booth Geopark Lembah Kinta juga dijemput bagi menjayakan sambutan tersebut agar Geopark Lembah Kinta dapar diwar-warkan kepada para pengunjung yang hadir. Booth Geopark merupakan salah
satu booth yang paling ramai didekati oleh para pengunjung untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Geopark itu sendiri. Diharapkan pameran tersebut dapat memberi sedikit sebanyak pendedahan Geopark Lembah Kinta kepada orang ramai.
![]() |
Wakil dari booth Geopark mula menyusun bahan pameran |
![]() |
Ramai pengunjung yang begitu tertarik dengan booth Geopark |
No comments:
Post a Comment