Pages

Monday, 13 November 2017

FORUM SEMPENA PEMAHSYURAN GEOPARK LEMBAH KINTA SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN MALAYSIA



IPOH, PERAK - 9 NOV. 2017 :  Program yang berlangsung pada 9 November 2017, bertempat di Hotel Impiana, Ipoh anjuran Jabatan Mineral dan Geosains telah mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja dari agensi kerajaan malah wakil dari komuniti dan institusi pendidikan. Seramai lebih 100 orang peserta telah menyertai forum ini dan turut sama memberikan kerjasama dalam menjayakan forum Geopark Lembah Kinta. Tujuan diadakan forum ini adalah untuk memberi pendedahan terhadap peranan, penyertaan dan tanggungjawab semua pihak yang berkepentingan (pemegang taruh, pengusaha, komuniti, Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah)  dan mengetengahkan konsep bottom-up dalam pembangunan Geopark Lembah Kinta.

Forum ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi. Sesi pertama dimulakan dengan pembentangan oleh penasihat Geopark Lembah Kinta dan kemudian diikuti dengan sesi perbincangan dalam kumpulan. Mari kita lihat gambar-gambar menarik sekitar program berlangsung..


Suasana dewan sebelum forum bermula.

Ketibaan Ketua Pengarah JMG disambut meriah oleh wakil JMG Perak
Dari kiri, Dato' Mohd Zaim (Pengarah BPT), Tuan Haji Shahar Effendi (Ketua Pengarah JMG) dan En. Mohd Sidi (Pengarah JMG Perak)
Pembentangan oleh Prof Dr. Mohd Shafeea Leman, penasihat Geopark Lembah Kinta.
Forum diteruskan dengan pembahagian kumpulan dan masing-masing tidak lokek dalam melontarkan cadangan dan pandangan sepanjang sesi pembincangan berlangsung.



Suasana ketika sesi pembincangan mengikut kumpulan masing-masing.
Apa yang penting? Kerjasama!
Perbincangan dalam kumpulan.

En Basharuddin (Ketua Unit Geosains) yang bertindak sebagai moderator menerangkan objektif perbincangan yang diadakan.
Setiap kumpulan membentangkan resolusi yang telah dicapai sepanjang perbincangan dan forum berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati kepada pembentang dan moderator. SYABAS dan terima kasih kepada semua yang terlibat!

Sesi pembentangan oleh wakil setiap kumpulan. 



Para pelajar juga turut sama membentangkan cadangan dari kumpulan masing-masing.

Peserta-peserta Forum Sempena Pemahsyuran Geopark Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan. Tahniah!













No comments:

Post a Comment

Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan