Pages

Friday, 30 March 2018

KURSUS ASAS GEOWARISAN 2018 DI PUSAT PENYELIDIKAN LANGKAWI 25-29 MAC 2018



LANGKAWI, KEDAH - 25 MAC : Bertempat di Pusat Penyelidikan Langkawi, pada 25 hingga 29 Mac 2018, seramai 25 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Warisan dan Unit Geopark Langkawi UNESCO Global Geopark telah menghadiri Kursus Asas Geowarisan 2018 dengan jayanya. Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan, menjelaskan kepentingan sumber warisan geologi dan memperkasakan pihak berkepentingan dalam mengenalpasti, memetakan dan mencirikan sumber berkenaan.

Peserta yang menghadiri Kursus Asas Geowarisan 2018 di Pusat Penyelidikan Langkawi.

Kursus dianjurkan oleh Kumpulan Warisan Geologi Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Pusat Penyelidikan Langkawi dengan kerjasama daripada Langkawi UNESCO Global Geopark dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Peserta kursus mengikuti kuliah, aktiviti secara berkumpulan serta kerja lapangan pemetaan ke Pulau Ular. Sememangnya program seperti ini dapat memberi pendedahan serta input yang berguna untuk pembangunan geopark di Malaysia pada masa akan datang.

Sesi kuliah.

Kerja lapangan pemetaan ke Pulau Ular.

Tekunnya peserta teliti formasi batuan...

Salah satu singkapan menarik yang ada di Pulau Ular.

No comments:

Post a Comment

Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan