Pages

Monday, 30 April 2018

RECCE PROGRAM EKSPEDISI SAINTIFIK KE GUNUNG KORBU 24-27 APRIL 2018


IPOH, PERAK - 24 APR 2018: Bagi memperkukuhkan lagi Lembah Kinta sebagai sebuah Geopark Kebangsaan, kajian dan penyelidikan akan sentiasa diteruskan bagi mendapatkan maklumat tambahan geotapak. Justeru itu, pada tahun 2018 ini, JMG Perak berhasrat ingin menjalankan program ekspedisi saintifik pelbagai bidang ke Gunung Korbu yang dijangkakan akan diadakan pada bulan September 2018. Ekspedisi ini akan disertai oleh para penyelidik daripada pelbagai agensi dan jabatan untuk mengumpul maklumat saintifik berkaitan bidang masing-masing terutama geologi dan biologi.

Para peserta bergambar sebelum memulakan ekspedisi.

Wajah-wajah ceria di pagi hari.

Dengan kerjasama dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak, satu tinjauan awal (recce) ke Gunung Korbu telah diadakan pada 24-27 April 2018 (Selasa-Jumaat). Seramai 24 peserta dari JMG Perak, Perbadanan Taman Negeri Perak, JPAM dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah berjaya menawan puncak Gunung Korbu. Gunung ini merupakan puncak ke-dua tertinggi di Semenanjung Malaysia dan dilabelkan sebagai salah satu lokasi pendakian yang mencabar. Syabas dan tahniah diucapkan!

Cabaran...
Satu gambar di Kem Seroja.

Kem Seroja, camping dulu sebelum ke puncak Gunung Korbu.




Wednesday, 11 April 2018

MESYUARAT PERANCANGAN & HALA TUJU GEOPARK LEMBAH KINTA 10 APRIL 2018


IPOH, PERAK - 10 APR : Bertempat di Dewan Granit, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak, satu mesyuarat diadakan susulan daripada perbincangan bersama YB. Dato’ Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia sebelumnya berkaitan  perancangan dan hala tuju Geopark Lembah Kinta. Hasil daripada perbincangan tersebut, 5 jawatankuasa ditubuhkan bagi membincangkan isu-isu berkaitan Geopark Lembah Kinta.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah JMG Perak, Dato' Ir. Ahmad Zukni.

Jawankuasa tersebut terdiri darpada Jawatankuasa Teknikal, Jawatankuasa Pemerkasaan Komuniti Setempat, Jawatankuasa Promosi dan Pelancongan serta Jawatankuasa Pengurusan. Ahli jawatankuasa itu sendiri terdiri daripada jabatan kerajaan, NGO, institusi pendidikan serta pakar geopark. Dalam mesyuarat, Dr Shafeea, pakar penasihat Geopark Lembah Kinta menyatakan kepentingan setiap ahli jawatankuasa dalam geopark dan perlu memikirkan cara terbaik untuk mengaitkan elemen-elemen geopark antara satu sama lain dari segi geologi, biologi, warisan dan budaya.

Ahli mesyuarat di Dewan Granit, JMG Perak.

Kelihatan En Othman (berbaju biru muda) , Ketua Projek Geopark Lembah Kinta.


Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan