Pages

Tuesday, 31 July 2018

KAYUHAN NOSTALGIA KLASIK GEOPARK - GOPENG, BATU GAJAH, IPOH


GOPENG, 29 JULAI 2018 – Satu acara menarik telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Perak, PORT dan JMG Perak iaitu Kayuhan Nostalgia Klasik Geopark yang melalui kawasan sekitar Ipoh, Gopeng, Batu Gajah.

Poster acara yang berlangsung pada 29 Julai 2018.

 Para peserta lengkap berpakaian klasik dan beruniform mengembalikan suasana yang lain dari yang lain seperti Tentera Jepun, petani bahkan pengantin! Cukup membanggakan melihat pelbagai kaum terlibat di dalam acara ini dan rata-rata peserta adalah golongan veteran. Hebat sekali..


Ketibaan para peserta.

Pelbagai jenis basikal klasik serta busana yang dipameran oleh para peserta.

Pengantin pun ada....

Peserta memulakan kayuhan di Ipoh dan singgah di beberapa lokasi seperti Taman Herba Negeri Perak dan Kellies Castle sebelum berakhir di RTC Gopeng. Di Taman Herba, peserta dijamu dengan buah-buahan tempatan dan acara dirasmikan oleh penasihat Geopark Lembah Kinta, Dr. Mohd Shafeea Leman. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada urusetia serta kesemua peserta yang memberikan sokongan untuk menjayakan program. Semoga acara seperti ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang dengan menerima lebih banyak penyertaan terutamanya generasi muda supaya warisan tradisional tidak hilang ditelan zaman.

Peserta bergambar bersama penganjur. Terima kasih semua!

Penyampaian sijil oleh Dr.Mohd Shafeea Leman kepada kumpulan berbasikal.





No comments:

Post a Comment

Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan