Pages

Thursday, 12 July 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL GEOPARK LEMBAH KINTA BIL 01/2018

IPOH - 12 JULAI 2018 : 4 Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membincangkan perancangan dan hala tuju Geopark Lembah Kinta. Ahli terdiri daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan penuh kepada peneraju Geopark. Setiap individu mempunyai peranan penting. Pada 12 Julai 2018, bertempat di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak, mesyuarat bagi Jawatankuasa Teknikal diadakan buat pertama kalinya. Dipengerusikan oleh Pengarah JMG, Dato' IR Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil, mesyuarat telah membincangkan perkara-perkara seperti persediaan dan cadangan tapak, garis panduan GLK dan sebagainya.


Mesyuarat dihadiri wakil daripada jabatan seperti Perbadanan Taman Negeri Perak,  Jabatan Perhutanan, Jabatan Warisan Negara, PUU, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan lain-lain lagi. 

Ahli mesyuarat yang tidak pernah lokek berkongsi pendapat dan cadangan. Terima Kasih!

Dari JMG Perak, Puan Amalina dan En Othman 

No comments:

Post a Comment

Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan