Pages

Wednesday, 8 August 2018

RAKAMAN DOKUMENTARI SIMFONI ALAM - RTM BERSAMA JMG



Geopark Lembah Kinta telah terpilih sebagai salah satu lokasi rakaman bagi program dokumentari terbitan Unit Dokumentari dan Majalah RTM bertajuk Simfoni Alam. Sesi rakaman berjalan selama seminggu memfokuskan keunikan geologi, biodiversiti serta keindahan landskap di Geopark Lembah Kinta. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak turun padang bersama pihak RTM bagi mendapatkan shoot-shoot menarik dan ditemuramah. Dengan kerjasama pakar dari FRIM, Lafarge, Perbadanan Taman Negeri Perak, PERHILITAN, dan agensi/jabatan yang lain, program ini berjaya dijalankan.

 Mari kita lihat gambar-gambar menarik sepanjang seminggu ini...

 Lokasi seperti Gua Kanthan yang mempunyai spesies endemik flora dan fauna turut dibantu oleh pakar dari FRIM, Dr Ruth. 



Muka Gua Kanthan yang mempunyai keunikan flora dan fauna.

Rancangan dokumentari ini dijangka akan ditayangkan pada bulan Oktober 2018. Marilah sama-sama kita menyaksikan dokumentari ini, bukan sahaja berkisar tentang Geopark Lembah Kinta malah keunikan lain yang terdapat di negara kita. Terima kasih diucapkan kepada team RTM terutamanya penerbit, En Jabir kerana memberi peluang kepada GLK! 

Demo pengenalpastian hematit yang digunakan untuk lukisan Neolitik di Gua Tambun.

Pakar geologi, En. Mat Niza in action.

Pemeriksaan kualiti air di Taman Alam Kinta, Batu Gajah.

Dr. Mohd Shafeea Leman, memberikan penerangan di Gua Naga Mas.


Pengarah JMG Perak, Dato' IR Ahmad Zukni menyampaikan cenderahati kepada penerbit, En Jabir.

JMG bersama team RTM, selesaiii...


Thursday, 2 August 2018

HASHTAG AJE #GeoparkLembahKinta #geoparklembahkinta #kintavalleygeopark #glk

Kawasan sekitar Ipoh, Kampar dan Batu Gajah sememangnya terkenal dengan lokasi-lokasi menarik yang sentiasa menerima pengunjung dari dalam mahupun luar negara. Lokasi popular seperti Gunung Lang, Gua Tempurung, Jeram Sungai Kampar dan tapak warisan Kellies Castle, Kapal Korek Tanjung Tualang dan banyak lagi sentiasa penuh dengan orang ramai lagi-lagi di hujung minggu.

Taman Rekreasi Gunung Lang yang merupakan bekas perlombongan bijih timah.

Siapa yang sukakan aktiviti lasak?? Jangan lupa ke Jeram Sg.Kampar!


Lokasi-lokasi tersebut bukan sahaja mempunyai keindahan landskap bagi pengunjung bergambar langsung di download ke media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan macam-macam lagi.. Sejak zaman canggih sekarang ni, penggunaan kuasa viral atau hashtag (pagar) # memainkan peranan penting mempromosikan kawasan menarik untuk dilawati. Jadi kepada pengunjung yang melawat kawasan sekitar Geopark Lembah Kinta boleh menggunakan #geoparklembahkinta #GeoparkLembah Kinta #kintavalleygeopark sekaligus mempromosikan Geopark Lembah Kinta. 

Tapak warisan bijih timah, Kapal Korek Tanjung Tualang yang terletak di Batu Gajah.
Kellies Castle, tumpuan penngunjung luar dan dalam negara.

Selain daripada memelihara khazanah geologi, biodiversiti, sejarah dan warisan, Geopark juga bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat. Kepentingan ilmu dalam pembangunan jati diri sesuatu komuniti amat dititik beratkan. Apabila adanya ilmu maka kesedaran dan perasaan bangga akan warisan yang ada di tempat sendiri timbul dengan sendirinya. Bagi tujuan itu, Panel-panel informasi telah disediakan di tapak-tapak Geopark Lembah Kinta khas untuk para pengunjung. Maklumat mengenai keistimewaan serta sejarah boleh dilihat pada panel yang dipasang. 

Lokasi di Perak Tong atau Gua Perak.

Gua Tambun yang terkenal dengan lukisan prasejarah zaman Neolitik.

Gunung Lang, Ipoh.















Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan