Pages

KOMPONEN GEOPARK


Pemandangan Gunung Lang, Ipoh



















i) Komponen Fizikal
Sesuatu kawasan dengan keluasan sesuai dan mempunyai sempadan kawasan yang jelas
serta mempunyai sumber warisan geologi berkepentingan antarabangsa dan mempunyai
sumber warisan semulajadi,sejarah dan budaya.

ii) Komponen Pembangunan
Komponen pembangunan adalah merupakan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara seperti berikut:
 Pemuliharaan tapak warisan semulajadi.
 Pembangunan prasarana di tapak warisan.
 Pembangunan sosio-ekonomi secara lestari.
 Pembangunan insaniah melalui pendidikan dan penyelidikan.
 Pengembangan kesenian dan kebudayaan.

iii) Komponen Pengurusan
 Penglibatan pelbagai pihak berkepentingan.
 Keperluan kewangan.
 Pengurusan
 Pembangunan infrastruktur
 Pelan pengurusan.
 Jangka masa pendek, sederhana dan jangka panjang

Penghuni atau warga geopark boleh memanfaatkan sumber warisan sebagai sumber ekonomi inovatif melalui:
Penglibatan langsung dalam industri geopelancongan seperti menjalankan syarikat pelancongan, berkhidmat sebagai renjer, sukarelawan dan pemandu pelancong, atau melalui
Penglibatan dalam industri sokongan pelancongan yang begitu luas cakupannya termasuk:
 dalam penghasilan produk geopark
 perkhidmatan pengangkutan
 perkhidmatan perhotelan dan hospitaliti
 perkhidmatan kulinari dan;
 pelbagai aktiviti lain yang akan menjadi daya tarikan pelancong.

No comments:

Post a Comment

Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan