Pages


























LEMBAH KINTA

Lembah Kinta di negeri Perak kaya dengan perbukitan kars unik yang mempunyai pelbagai warisan sejarah perlombongan, sejarah geologi dan kepelbagaian landskap se-mulajadi. Kebanyakan perbukitan kars ini terletak di Ipoh dan ia merupakan pakej untuk menjadikan bandaraya Ipoh sebagai laluan geopelancongan yang mampu memasyhurkannya dikalangan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Lembah Kinta juga mempunyai begitu banyak sumber warisan geologi dan warisan budaya yang memenuhi sebahagian besar keperluan untuk dinobatkan sekurang-kurangnya sebagai sebuah geopark kebangsaan. Lembah Kinta terkenal sebagai tapak warisan perlombongan bijih timah dan mempunyai kepelbagaian landskap semulajadi yang unik serta nilai sejarah geologi dan saintifik yang tinggi.

SEJARAH LEMBAH KINTA

Sejarah Lembah Kinta dikatakan bermula tidak kurang 1,500 tahun lalu berdasarkan penemuan relik-relik Buddha dari zaman Srivijaya di Tanjung Rambutan (1893) dan Lahat (1931) yang tertanam berpuluh-puluh kaki di dalam tanah. Pada ketika itu, dikatakan Kinta terletak dipertengahan jalan darat antara pusat kerajaan Melayu Buddha Srivijaya di Palembang dengan kerajaan Melayu Bud-dha Khmer dan Campa di Indo-China.

Lembah Kinta juga dikatakan sebagai pusat pentadbiran Gangga Negara pertama sebelum Beruas dan pene-muan ini dikatakan terlambat kerana Kinta telah musnah akibat kegelojohan pelom-bong memusnahkan muka buminya demi bijih timah.


No comments:

Post a Comment

Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan