Pages



KEPENTINGAN PENUBUHAN GEOPARK


Hot Springs Lubuk Timah
Gagasan Geopark menegaskan betapa pentingnya meningkatkan taraf sosioekonomi warga dengan mengambil kira kelebihan yang ada pada kekayaan khazanah warisan, antaranya melalui industri:

1. PELANCONGAN
Memajukan industri pelancongan lestari dan memperkenalkan sektor GEO- PELANCONGAN dengan menerap elemen geosains dalam aktiviti pelancongan dan rekreasi alam semulajadi sedia ada dan membuka tapak GeoPelancongan baru.GEO PELANCONGAN bukan sahaja menjamin pulangan ekonomi tetapi turut menyokong usaha pemuliharaan dan peningkatan modal insan.

2. SOKONGAN PELANCONGAN
Industri pelancongan membuka luas peluang bagi pertumbuhan pelbagai industri sokongan lain termasuk sektor perkhidmatan penginapan ( resort, hotel, homestay, tapak perkhemahan dsb.) pengangkutan, kulinari dan penghasilan produk cenderamata. Gagasan Geopark menganjur inisiatif unik dalam penghasilan produk tempatan yang boleh dijadikan identiti sesuatu wilayah sebagai PRODUK GEOPARK.

3. PEMULIHARAAN
Warga geopark boleh melibatkan diri sebagai RENJER dan SUKARELAWAN GEOPARK yang akan bertanggungjawab memantau aktiviti disesuatu tapak geopelancongan.

4. PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
Peningkatan aktiviti pelancongan membawa kepada keperluan penyelidikan saintifik bagi menambah nilai saintifik dan menentukan daya tampungan sesuatu tapak pelancon-gan. Kajian sosio-ekonomi juga penting dalam membuat perancangan pembangunan jangka pendek dan jangka panjang.

5. PENDIDIKAN
Penglibatan warga sebagai PEMANDU GEOPARK dan pelatih serta pemudah cara dalam aktiviti kesedaran geopark pada pel-bagai peringkat.

No comments:

Post a Comment

Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan