Pages




NILAI SUMBER WARISAN

Air Terjun Sungai Chelik
Geopark Lembah Kinta memiliki sumber-sumber geologi dan geotapak yang mempunyai nilai warisan saintifik dan estetik yang tinggi. Selain daripada itu, nilai yang ada dalam geotapak di Geopark Lembah Kinta ialah nilai budaya dan nilai rekreasi berdasarkan kajian saintifik. Nilai-nilai tersebut dapat ditafsirkan seperti berikut :

Nilai Saintifik :
Komposisi meliputi mineral, batuan, fosil, struktur geologi dan sejarah evolusi bumi yang luar
biasa atau jarang dijumpai.

Nilai Estetik :
Komposisi meliputi pandangan indah bentuk rupa bumi dan proses alam yang unggul.

Nilai Budaya :
Komposisi melibatkan sejarah, seni budaya, arkeologi, lagenda dan mitos yang dikaitkan dengan ciri-ciri geologi khusus.

Nilai Rekreasi :
Komposisi kesesuaian tapak bagi aktiviti rekreasi dan riadah alam semulajadi.








No comments:

Post a Comment

Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan