Pages


GUNUNG LANG

Geotapak Gunung Lang terletak hanya 5 km dari Bandaraya Ipoh. Jajaran Gugusan Gunung Lang merupakan kawasan bukit batu kapur yang terletak di tengah Lembah Kinta di bahagian utaranya terdapat sebuah kawasan rekreasi yang dibina sebagai satu langkah pemuliharaan bekas lombong. Ianya boleh dihubungkan melalui Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Sungai Siput dan Jalan Kuala Kangsar. Kawasan bukit batu kapur ini telah diterokai seawal tahun 1880 oleh pelombong bijih timah melayu yang mana perlombongan ini telah di lakukan di dalam gua-gua yang terdapat di sini.


Gunung Lang terdiri daripada tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Kajian Rancangan Tempatan (RT) Ipoh 2020 telah menggariskan kawasan Gugusan Gunung Lang seluas 111.93 hektar sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 2 dan perlu dipulihara. Pembangunan yang dibenarkan untuk kawasan ini hanyalah ekopelancongan, penyelidikan dan pendidikan.

Geologi lokasi adalah didasari oleh formasi Batu Kapur Kinta yang terdiri daripada batu kapur dan syis. Ketebalan pelapisan batuan ini adalah  diantara 4cm hingga 130cm. Terdapat dua jenis batuan utama di kawasan ini iaitu batu kapur dan marmar. Batu kapur berwarna kelabuhingga kekuningan, manakala marmar pula adalah berwarna putih susu kekelabuan.

Majlis Bandaraya Ipoh dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia telah mewartakan Gugusan Gunung Lang sebagai Taman Rekreasi Awam  pada tahun 1999. Seterusnya ini menjadikan Gunung Lang merupakan Ikon Bandaraya Ipoh.

NILAI DAN KEMUDAHAN DI TAMAN REKREASI GUNUNG LANG

Geotapak Gugusan Gunung Lang amat penting dari aspek saintifik, ekstetik, budaya dan rekreasi.Taman Rekreasi Gunung Lang ini dilengkapi dengan menara tinjau, rumah tradisional Perak, dataran warisan, pergola, surau dan tandas awam. Selain itu, pihak pengurusan ada menyediakan tapak perkhemahan khas untuk aktiviti kem motivasi, perjumpaan keluarga dan hari keluarga.Di sini juga terdapat taman permainan untuk kanak-kanak dan tempat parkir kereta agak luas dan selesa. Tambang untuk menaiki bot adalah RM3 bagi dewasa, RM2 bagi pelajar sekolah menengah, RM1 pelajar sekolah rendah, RM0.50 sen bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50 untuk ke pulau Gunung Lang yang terletak sejauh kira-kira 300 m.

Maklumat Lanjut :

Taman Rekreasi Gunung Lang
Majlis Bandaraya Ipoh,
Jalan Sultan Azlan Jalil,Greentown,
30450 Ipoh,Perak,

No. Tel.  : 05-2083333
No. Faks : 05-2083588



LIMAU TAMBUN

Salah satu ladang Limau Tambun di Tambun

Bagi penduduk luar bandar raya Ipoh, membeli Limau Tambun sebagai buah tangan sudah menjadi satu kemestian apabila berkunjung ke bandar raya ini.Ini kerana mereka beranggapan buah itu yang lebih dikenali sebagai limau tambun boleh diperoleh pada harga yang murah di sini kerana ia merupakan tempat pengeluaran buah tersebut.
Bagaimanapun, hajat untuk membeli buah itu dalam kuantiti banyak sering terhalang kerana harga jualan di bandar agak tinggi sehingga ada yang mencecah RM30 sebiji.Ramai yang tidak mengetahui bahawa buah limau tambun boleh diperoleh pada harga jauh lebih murah jika dibeli terus dari kebun.
Bagi penduduk bandar raya ini, mereka akan membeli buah limau tambun di gerai-gerai yang terdapat di Jalan Ampang-Tambun iaitu di kebun buah itu kerana harga yang dijual sekali ganda lebih murah dari tempat lain.
Terdapat lebih kurang empat gerai di kawasan kebun yang menjual buah limau tambun dari harga RM3.50 hingga RM13 sebiji bergantung kepada saiz buah.


Siap sedia untuk dijual
Maklumat Lanjut :

Pengurus
Kebun Limau Tambun,
158258A, Jalan Ampang
Tambun,
31400 Ipoh,
Perak.

Tel : 05-5497309 / 016-5935912

No comments:

Post a Comment

Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan