Pages



AIR TERJUN SUNGAI CHELIK


Ketinggian Air Terjun lebih dari 150m


Lokasi geotapak ini berdekatan dengan Pos Slim, iaitu 20 km dari Pekan Simpang Pulai. Jalan Utama untuk sampai ke sana adalah Jalan Simpang Pulai – Cameron Highland. Jarak dari jalan utama ke lokasi adalah hampir 1 km. Koordinat lokasi geotapak ini adalah N 04°34’57.6”, E 101°16’36.0” dengan keluasan dianggarkan seluas 3 ekar hingga 5 ekar. 

Lebar air terjun ini adalah dengan ukuran anggaran adalah 55 m dan tinggi melebihi 150 m. 

Batuan yang mendasari kawasan ini adalah merupakan batuan granit bersaiz butiran sederhana hingga kasar.Tiada kemudahan yang disediakan di kawasan ini tetapi ia boleh dibangunkan untuk dijadikan sebagai geotapak. Berhampiran dengan jalan utama terdapat perniagaan kraftangan yang diusahakan oleh masyarakat setempat iaitu orang asli.. 


Maklumat Lanjut :


Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,Perak

Jalan Sultan Azlan Shah,
31400 Ipoh, Perak
Unit Geosains (Aktiviti Geopark)
Tel : 05-5485219

MATA AIR PANAS LUBUK TIMAH


Geotapak ini terletak di Kampung Kepayang kira-kira 16 km di tenggara Bandaraya Ipoh iaitu di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, dengan latitud N 04° 33‟29.54” dan longitud E 101° 10‟53.91”.

Kawasan Lubuk Timah merupakan kawasan lingkungan Mukim Sungai Raya yang terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah. Geotapak ini terletak 8 km dari tol Simpang Pulai dalam Daerah Kinta, Perak. Air Panas ini keluar dari sistem retakan dalam Sungai Anak Air Cina. Kawasan tapak dianggarkan mempunyai keluasan di antara 700 m panjang dan 200 m lebar.


Keluasan kawasan meliputi kawasan air panas, sungai dan kawasan hutan.Keunikan Mata Air Panas Lubuk Timah ini adalah punca mata air yang mengeluarkan air panas walaupun terletak betul-betul di tepi sungai yang sejuk airnya. Suhu air panas ini pula boleh mencecah sehingga 46°C pada satu-satu masa.Kepentingan lokasi ini adalah ia merupakan salah satu tempat rekreasi air panas di Lembah Kinta di mana ia menjadi tumpuan orang ramai terutama pada hari cuti am dan hujung minggu.





Masa Lawatan :  8.00pagi-6.30petang

Harga Tiket :  RM 5.00 (Dewasa 12 tahun ke atas)
                         RM 3.00 (Kanak-kanak 3-11 tahun)
                         RM 3.00 (Warga Emas 60 tahun ke atas)

Sewa : ​ RM 70.00 (Gazebo Eksklusif)
             RM 50.00 (Gazebo)
             RM 10.00 (Pondok)

Maklumat Lanjut :

Pusat Rekreasi Lubuk Timah,
Jalan Keramat Pulai,
Kampung Kepayang,
31300 Ipoh,
Perak.

Tel : 019-2449056
Emel : hazarina74@yahoo.com
            Reenakay13@gmail.com



TAMAN ALAM KINTA


Antara burung-burung hijrah yang sentiasa singgah disini

Mengintai burung di kawasan tasik yang hening merupakan hobi menarik bagi pemerhati burung, pencinta alam dan jurugambar. Selain mendamaikan, hobi mengintai burung juga boleh memberi ketenangan.Taman Alam Kinta atau juga dikenali sebagai taman burung di Kampung Pisang, Batu Gajah kira-kira 40 kilometer dari sini, antara lokasi yang menawarkan peminat burung pemandangan indah dan mengasyikkan ini.
Seperti Santuari Burung Kuala Gula, Taman Alam Kinta yang terletak pada koordinat 4° 25' 21.036" N, 101° 3' 39.4164" juga dihuni dua kategori burung iaitu burung residen dan hijrah (migratory birds) yang menjadi tarikan utama peminat burung ke taman alam ini.Berkeluasan 900 hektar, taman burung ini mempunyai 125 spesies burung dengan hampir 60 peratus daripadanya didaftar dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1976.
Kemudahan Menara Tinjau 

Tiga burung utama yang boleh dilihat sepanjang masa ialah puchong serandau, puchong kuak dan puchong seriap yang beratnya mencecah melebihi satu kilogram.Selain itu, taman burung yang dibuka pada tahun 2000 ini turut dihuni burung tiong air, penyelam dan pang ling.Jika bernasib baik, pengunjung juga dapat melihat burung hijrah dari Siberia seperti kedidi pasir dan kedidi kaki dian merah (trianga totanus) yang singgah di situ pada musim tertentu.
Lebih mengasyikkan apabila melihat aksi burung bangau membentuk satu jaluran putih dalam kumpulan kecil, kadang-kadang sehingga lima ekor berterbangan di antara kumpulan burung bangau besar.Dengan menggunakan teropong, pengunjung dapat melihat seolah-olah tompokan berwarna kelabu coklat di hujung tasik apabila burung kedidi kaki merah berkumpul.

Maklumat Lanjut :
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak
Jalan Sultan Azlan Shah,
31400 Ipoh, Perak
Unit Geosains (Aktiviti Geopark)
Tel : 05-5485219



No comments:

Post a Comment

Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan