Pages



Gugusan Gunung Rapat, Ipoh











APA ITU GEOPARK :


Geopark didefinisikan sebagai satu kawasan dengan keluasan bersesuaian, mempunyai sempadan jelas dan mengandungi   beberapa tapak warisan geologi berkepentingan kebangsaan, serantau atau antarabangsa yang dibangunkan secara lestari bagi meningkatkan tahap ekonomi dan nilai budaya penduduknya, terutama melalui aktiviti pelancongan (GGN UNESCO,2010).

Geopark ialah satu konsep pembangunan yang memberikan perhatian kepada keseimbangan tiga komponen utama iaitu kepentingan pemuliharaan sumber asli (khususnya sumber geowarisan), pembangunan infrastruktur untuk pelancongan dan aktiviti sosioekonomi yang menguntungkan masyarakat setempat. Konsep geo-pelancongan yang diperkenalkan pada tahun 1994 semakin berkembang di mana tumpuan lebih diberi kepada penghayatan sumber warisan geologi dan landskap fizikal.Pada ketika ini, dalam 11 tahun usia Geopark global, UNESCO telah mengiktiraf 110 Global Geopark di 32 buah negara di seluruh dunia. 

Sebahagian besar Geopark Global terletak di negara maju di Eropah dan Asia. Geopark pertama di dunia adalah Geopark Reserve Geologique de Haute-Provence (France) dan di Asia pula ialah Huangshan Geopark (China). Sehingga sekarang, geopark telah wujud di setiap benua dan hampir semua negara Eropah telah memiliki global geopark mereka sendiri.

Kebanyakan Geopark Global di Asia kini menjadi destinasi pelancongan  tersohor seperti Lake Toya di Jepun, Jeju di Korea Selatan dan Batur di Bali Indonesia. Di Malaysia, selain Langkawi Global Geopark ada 13 atau 14 kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai geopark. Antaranya termasuklah Lembah  Kinta sendiri, Tasik Kenyir, Gunung Kinabalu, dan Delta Sarawak.

Konsep Geopark Lembah Kinta menetapkan sumber warisan ini bukanlah terhad kepada warisan geologi sahaja, tetapi juga warisan biodiversiti, arkeologi, sejarah, kesenian, malah termasuk juga  warisan orang hidup. Dalam hal ini setiap warga dan semua elemen yang terdapat di dalam   kawasan istimewa Geopark Lembah Kinta dan segala aktiviti yang berlaku adalah KOMPONEN UTAMA geopark Lembah Kinta dan tiada satu pun harus disisihkan.

Lembah Kinta memenuhi pencirian dan definisi yang diperkenalkan oleh pihak Biro Jaringan   Global Geopark  Kebangsaan (GGN UNESCO), dengan mempunyai tempat-tempat yang sangat unik dari segi geologi, biologi dan sosial. cadangan pembangunan yang dilakukan ini adalah sebahagian daripada usaha bagi mengangkat Lembah Kinta untuk disenaraikan sebagai Geopark di peringkat kebangsaan dan seterusnya di peringkat antarabangsa.













No comments:

Post a Comment

Dewan Bandaran Ipoh Gunung Lang Limau Tambun Lukisan Prasejarah Air Terjun Sg. Chelik Gua Kanthan